Wednesday, June 17, 2009

Raya, raya, raya....

Assalammualaikum,

Seperti biasa, puasa pun belum lagi tetapi tempahan raya sudah pun bermula:) Aneka Fesyen telah menerima banyyyaaakkkkk tempahan raya (jawapnya tak tido mlm la aku). Kami sudah pun berhenti menerima tempahan untuk raya, cuma untuk regular customers dan sedara-mara sahaja. Sorry;)


Secara rambang, kali ini kebanyakan customers kami menghantar kain berjenis 'Japanese Cotton', 'Chiffon', 'Kasa Rubiah' dan 'Saree Silk'. Kebetulan pula, kain2 ini kebanyakan dibeli dari Euro Moda (Jakel) sebab berdekatan dengan kedai Aneka Fesyen.

Let's review about these fabrics.

Kain Japanese Cotton ni lembut, sangat selesa, tidak panas-sesuai dgn cuaca kita dan yang penting warna dia sangat 'soft'. Fabric ini sesuai dibuat baju kurung. Tukang jahit pun suka dgn Japanese Cotton ni sebab senang dan cepat digunting/jahit;)

Chiffon juga tidak panas, tetapi kainnya jarang. Kadang-kala perlu lining. Ada yang murah dan ada juga yang mahal, bergantung pada kualiti. Corak-coraknya pun juga menarik.


Kasa Rubiah pula harganya 'boleh tahan' mahal tetapi sangat ekslusif. Selesa dan juga sangat cantik.


Saree Silk, seperti Kasa Rubiah, agak mahal, ekslusif dan yang penting, ia sangat unik, lain dari yang lain. Walau bagaimanapun perlu pandai memilih kain saree kerana tersalah pilih, kainnya akan 'berbulu' bila agak lama dah pakai. Satu perkara yang anda perlu tahu, bila pakai Saree ini, kena lah berjaga sedikit kerana senang 'tetas';)


Baju kurung tradisional masih lagi menjadi pilihan utama, cuma ditambah dgn beberapa unsur moden seperti manik. Yang lain-lain seperti biasa, kebaya (pendek/labuh), baju kurung Pahang dan sebagainya.

Oh ya tips untuk baju anda dijahit / disiapkan cepat ialah, tempah baju kurung sahaja, tiada lining dan jenis kain yang senang dipotong;)

Nanti saya letakkan gambar-gambar kain ini - kena tanya big boss dulu. Ok, jumpa lagi!


0 comments: